Malaysia legislation

Section 57

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 57

Pengagihan untung bersih teraudit

(a)

menyenggara suatu Kumpulan Wang Rizab Statutori; dan

(b)

sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun, selepas peruntukan yang wajar telah dibuat bagi pencukaian, memindahkan kepada Kumpulan Wang

Rizab Statutorinya daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun—

(i)

suatu jumlah yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori itu kurang daripada lima puluh peratus daripada syer dan yurannya; atau

(ii)

suatu jumlah yang sama banyak dengan tidak kurang daripada lima belas peratus daripada untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori itu adalah lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada syer dan yurannya.

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa menentukan suatu bahagian berlainan daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun, iaitu sama ada kurang atau lebih daripada bahagian yang ditentukan dalam subseksyen (1), untuk dipindahkan kepada Kumpulan Wang

Rizab Statutori sesuatu koperasi bagi maksud memastikan bahawa amaun

Kumpulan Wang Rizab Statutori bagi koperasi itu adalah mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubung dengan liabiliti-liabilitinya.

(1B)

Walau apa pun subseksyen (1), Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan—

Koperasi 47

(a)

tertakluk kepada peraturan-peraturan atau undang-undang kecil, bagi membayar syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota koperasi; atau

(b)

dengan kelulusan Suruhanjaya dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, bagi menerbitkan syer bonus kepada anggota koperasi itu.

(1C)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh memberi sesuatu koperasi kuasa untuk membayar dividen daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori.

(1D)

Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak boleh dibahagi dan tiada seorang pun anggota berhak untuk menuntut suatu bahagian tertentu daripadanya.

(1E)

Kumpulan Wang Rizab Statutori hendaklah disenggara dalam suatu akaun yang berasingan dan hendaklah dilaburkan dalam Akaun Deposit

Koperasi sebagaimana yang disebut dalam Akta Suruhanjaya Koperasi

Malaysia 2007.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi hendaklah, daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan, sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen membayar sekian jumlah wang yang ditentukan oleh Suruhanjaya kepada—

(a)

Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi; dan

(b)

Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi bagi mana-mana koperasi menengah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh

Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, yang ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan prinsip koperasi.

(3)

Tiada koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2)(b) sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melainkan jika—

(a)

matlamat koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip koperasi dan memudahkan operasi koperasi; dan

(b)

undang-undang kecil koperasi itu membuat peruntukan bagi—

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

(i)

pergabungan semua koperas itanpa apa-apa sekatan atau pembayaran apa-apa fi kecuali fi masuk; dan

(ii)

pelantikan kepada Lembaganya, oleh Menteri, sekurang-kurangnya seorang wakil daripada kementerian Menteri itu, dan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan.

(4)

Bolehlah ditolak daripada jumlah yang disebut dalam subseksyen (1)

apa-apa jumlah wang yang dibayar menurut subseksyen (2).

(5)

Tertakluk kepada subseksyen (7), suatu koperasi boleh, selepas bayaran yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

pembayaran rebat kerana langganan;

(b)

pembayaran dividen, atas syer dan yuran anggota koperasi sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis panduan:

Dengan syarat bahawa, pembayaran dividen daripada mana-mana sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-apa kadar maksimum sebagaimana yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan itu;

(c)

pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga koperasi itu, yang tidak boleh, dalam apa-apa hal, melebihi jumlah wang yang disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh

Suruhanjaya; atau

(d)

pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat.

(6)

Tiada rebat kerana langganan, dividen atas syer dan yuran boleh dibayar kepada anggota suatu koperasi dan tiada honorarium boleh dibayar kepada anggota Lembaga suatu koperasi kecuali daripada untung bersih teraudit koperasi itu.

(7)

Tiada koperasi boleh menggunakan untung bersihnya bagi apa-apa maksud di bawah subseksyen (2) atau (5) melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpulnya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.

Koperasi 49

(8)

Walau apa pun subseksyen (7), suatu koperasi yang kerugian terkumpulnya telah tidak dihapus kira sepenuhnya boleh, dengan kelulusan

Suruhanjaya, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen yang dalam mana-mana hal tidak boleh melebihi lima peratus jumlah syer atau yuran anggota, atau kedua-duanya.