Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(2)
Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari daripada selesainya transaksi yang berhubungan dengan catatan itu.
(3)
Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan disediakan, dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya setiap tahun kewangan, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan apa-apa dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud pengauditan.
(4)
Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar koperasi itu atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga dan hendaklah terbuka pada setiap masa untuk diperiksa oleh Suruhanjaya dan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis.
(5)
Suruhanjaya boleh, dalam mana-mana kes tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain suatu koperasi, termasuklah rekod perakaunan dan rekod lain subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada,
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
dibuka untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota atau pegawai koperasi itu, tetapi hanya apabila diberikan suatu aku janji secara bertulis kepada Suruhanjaya bahawa apa-apa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan olehnya kecuali kepada anggota atau pegawai itu.
(6)
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penyata kewangan dan laporan Lembaga