Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
(a)
akaun perdagangan dan untung rugi, dan apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, bagi tempoh semenjak akaun yang sebelumnya, atau, dalam hal akaun yang pertama, semenjak pendaftaran koperasi itu atau subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, yang disediakan setakat tarikh yang tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh mesyuarat agung itu;
(b)
kunci kira-kira setakat tarikh akaun itu disediakan;
(c)
laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan kedudukan hal ehwal koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada; dan
(d)
laporan juruaudit yang disebut dalam seksyen 63.
(2)
Akaun dan kunci kira-kira suatu koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang teraudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan kepada anggotanya tidak kurang daripada lima belas hari dan kepada Suruhanjaya tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum mesyuarat agung tahunan, dan Suruhanjaya
Koperasi 51
boleh memberikan apa-apa pandangan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai akaun dan kunci kira-kira itu.
(2A)
Semua pandangan Suruhanjaya yang mempunyai kesan kewangan terhadap akaun teraudit dan kunci kira-kira koperasi hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya oleh koperasi dan ditunjukkan dengan jelas dalam akaun teraudit koperasi dalam tahun kewangan yang berikutnya.
(3)
Setiap laporan berhubung dengan perenggan (1)(c) hendaklah menyatakan, dengan butiran yang sesuai—
(a)
sama ada atau tidak keputusan penjalanan koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu telah, pada pendapat
Lembaga, terjejas secara material oleh perkara yang abnormal sifatnya;
(b)
kadar dan amaun, jika ada, yang telah dibayar, diisytiharkan atau disyorkan supaya dibayar sebagai dividen;
(ba) penerbitan syer bonus, jika ada, dan kriterianya;
(c)
sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan telah berbangkit yang menjadikan pematuhan kaedah yang sedia ada bagi pentaksiran aset atau liabiliti koperasiitu mengelirukan atau tidak sesuai;
(d)
sama ada apa-apa liabiliti bersyarat yang belum ditunaikan telah diakui janji oleh koperasi itu atau oleh mana-mana subsidiarinya dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu dan, jika demikian, amaunnya dan sama ada atau tidak apa-apa liabiliti bersyarat sedemikian telah menjadi boleh dikuatkuasakan atau mungkin akan menjadi boleh dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan yang berikutnya yang akan menjejaskan secara material keupayaan koperasi itu untuk memenuhi obligasinya jika dan apabila obligasi itu kena dipenuhi;
(e)
selain Akaun Rizab yang dikehendaki di bawah Akta ini, amaun, jika ada, yang dicadangkan dibawa kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang ditunjukkan secara nyata pada kunci kira-kira atau kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang akan ditunjukkan dengan nyata pada kunci kira-kira yang kemudiannya;
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
(f)
jika Lembaga berpendapat bahawa jumlah aset semasa tidak akan sekurang-kurangnya menghasilkan nilai yang ditunjukkan baginya dalam akaun koperasi itu, pendapatnya tentang amaun yang mungkin semunasabahnya diharapkan akan dihasilkan oleh aset semasa itu dalam perjalanan biasa perniagaan koperasi itu; dan
(g)
sama ada semua pelarasan menurut subseksyen 59(2A) telah dijalankan dengan sewajarnya.
(4)
Dalam subseksyen (3), ungkapan “perkara yang abnormal sifatnya”
termasuklah—
(a)
apa-apa perubahan dalam polisi perakaunan yang diterima pakai sejak laporan yang sebelumnya;
(b)
apa-apa pemindahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan;
(c)
apa-apa penghapusan kira hutang lapuk yang besar amaunnya;
(d)
apa-apa perubahan dalam asas pentaksiran bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian stok perniagaan atau keseluruhan atau mana-mana bahagian kerja yang sedang berjalan;
(e)
apa-apa butiran yang luar biasa jenisnya atau nilainya yang terdapat dalam akaun itu; dan
(f)
ketiadaan apa-apa butiran material yang biasanya dimasukkan ke dalam akaun itu.
(5)
Tiap-tiap akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan sesuatu koperasi dalam mesyuarat agung tahunan, termasuk akaun untung rugi yang disatukan dan kunci kira-kira yang disatukan, hendaklah memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan hal ehwal koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada.
(6)
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan,
Koperasi 53
didenda harian lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pengauditan