Malaysia legislation

Section 65

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 65

Kuasa untuk menyita dan menahan buku dan dokumen

(a)

pemeriksaan buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu, penyalinannya atau pembuatan cabutan daripadanya, tidak dapat dengan semunasabahnya diusahakan tanpa menyita atau merampasnya;

(b)

buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan jika ia disita atau dirampas; atau

Koperasi 57

(c)

buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Akta

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Tiada koperasi atau pegawai koperasi boleh—

(a)

gagal untuk—

(i)

membenarkan akses kepada;

(ii)

memberi milikan; atau

(iii)

mengemukakan, buku, akaun, dokumen, sekuriti atau wang tunainya; atau

(b)

gagal untuk memberi maklumat atau kemudahan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini.

(3)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

(b)

dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Siasatan