Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Jika sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah seksyen 64 atau suatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66, Suruhanjaya boleh memberitahu keputusan pemeriksaan atau siasatan itu kepada koperasi itu dan boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan mana-mana pegawai koperasi itu mengambil apa-apa tindakan yang ditentukan dalam perintah itu untuk membetulkan, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, kecacatan, jika ada, yang didedahkan hasil pemeriksaan atau siasatan itu.