Malaysia legislation

Section 68

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 68

Pemeriksaan atas permohonan pemiutang

(2)

Tiada pemeriksaan boleh dibuat atau diarahkan di bawah subseksyen (1)

atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi melainkan jika pemiutang itu—

(a)

memuaskan hati Suruhanjaya bahawa hutang itu ialah suatu jumlah wang yang telah genap masa pada masa itu dan dia telah menuntut pembayarannya tetapi telah tidak menerima pembayaran itu dalam masa yang munasabah; dan

(b)

mendepositkan dengan Suruhanjaya apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya sebagai cagaran bagi kos pemeriksaan itu.

(3)

Suruhanjaya hendaklah memberitahu keputusan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang dan koperasi itu.

Tindakan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan koperasi dalam hal keadaan tertentu