Malaysia legislation

Section 69

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 69

Koperasi 59

(a)

menjalankan perniagaannya mengikut suatu cara yang memudaratkan kepentingan koperasi, anggotanya, pendepositnya, sektor koperasi atau orang awam secara amnya;

(b)

adalah tidak solven, atau telah menjadi atau berkemungkinan akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya, atau hampir hendak menggantung pembayaran kepada mana-mana pemiutang; atau

(c)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau Akta

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, atau mana-mana syarat pendaftarannya di bawah seksyen 7 atau mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira bahawa tiada dakwaan jenayah berkenaan dengannya,

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

Suruhanjaya boleh, melalui perintah secara bertulis, menjalankan mana-mana satu atau lebih kuasa yang berikut, sebagaimana yang Suruhanjaya sifatkan perlu:

(i)

menghendaki koperasi itu supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau menahan daripada melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubung dengan koperasi itu, atau urusannya atau aktivitinya, atau pegawai-pegawainya;

(ii)

melarang sesuatu koperasi daripada melanjutkan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan menjadikan larangan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya, dan melalui perintah lanjutan yang seumpamanya dibuat, melanjutkan tempoh yang disebut terdahulu;

(iii)

memecat mana-mana pegawai koperasi itu jika ia adalah demi kepentingan koperasi bagi Suruhanjaya untuk berbuat demikian, tetapi tiada seorang pun boleh dipecat tanpa diberi suatu peluang untuk didengar, dan apa-apa kekosongan yang wujud akibat pemecatan itu hendaklah diisi mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil koperasi itu;

(iv)

walau apa pun seksyen 42—

(A)

menggantung atau memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga koperasi; atau

(B)

melantik mana-mana orang atau orang sebagai anggota Lembaga koperasi itu, dan memperuntukkan supaya orang itu dibayar oleh koperasi itu apa-apa saraan; atau

(C)

membubarkan Lembaga koperasi itu;

(v)

melantik seseorang untuk menasihati koperasi berhubung dengan perjalanan urusan atau aktivitinya yang sepatutnya, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya

Koperasi 61

orang yang dilantik itu dibayar oleh koperasi itu apa-apa saraan; atau

(vi)

membekukan akaun koperasi yang dipegang dalam koperasi lain atau bank bagi mengelakkan kerugian atau penyalahgunaan dana koperasi itu

(2)

Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a),

(b)

atau (c) wujud berkenaan dengan sesuatu koperasi, Suruhanjaya boleh, sama ada atau tidak ia telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah subperenggan (1)(i), (ii), (iii), (iv), (v) atau (vi) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

bagi Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dilantik oleh

Suruhanjaya untuk mengambil alih kawalan—

(i)

semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi itu, dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya; atau

(ii)

mana-mana bahagian daripada harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi itu, dan menjalankan apa-apa bahagian daripada urusan, aktiviti dan hal ehwalnya; dan

(b)

bagi kos dan perbelanjaan Suruhanjaya, atau saran orang yang dilantik di bawah subseksyen (1), kena dibayar daripada dana dan harta koperasi sebagai suatu caj pertama; atau

(c)

untuk memerintahkan pembubaran koperasi itu.

(3)

Suatu perintah Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, dari semasa ke semasa, diubah suai, dipinda, diubah atau diganti sama ada secara prospektif, atau jika ia praktikal atau tidak adil untuk berbuat demikian, secara ke belakang, melalui suatu perintah selanjutnya di bawah subseksyen (1) atau

(2)

, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah Suruhanjaya yang dibuat di bawah subperenggan (1)(i), (ii), (iii), (iv), (v) atau (vi) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan perintah itu dan keputusan

Menteri itu hendaklah muktamad dan konklusif.

(5)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subperenggan (1)(i) atau (ii) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 69C “orang yang dilantik”

ertinya orang yang dilantik oleh Suruhanjaya, untuk bertindak bagi pihaknya, untuk mengambil alih kawalan di bawah perenggan (2)(a).

Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah seksyen 69