Malaysia legislation

Section 69D

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 69D

(2)

Menteri boleh melanjutkan tempoh di bawah subseksyen (1) bagi tiga tempoh lanjutan berturut-turut yang tidak melebihi satu tahun setiapnya.

(3)

Setelah tamat apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) atau

(2)

, dan jika pada pendapat Suruhanjaya, Suruhanjaya belum lagi selesai menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 69(1) atau (2), Suruhanjaya boleh membubarkan koperasi itu.

(4)

Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa apa-apa penjalanan kuasa yang disebut dalam subseksyen 69(1) atau (2) telah diselesaikan, Suruhanjaya hendaklah menyerahkan apa-apa harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi kepada Lembaga yang baru dilantik dan menyebabkan suatu notis mengenai hal itu yang menyatakan tarikh penjalanan kuasa itu telah diselesaikan untuk disiarkan dalam Warta.

Koperasi 65

Pegawai yang dipecat atas perintah Suruhanjaya tidak boleh dilantik semula