Malaysia legislation

Section 71

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 71

Pembubaran

(a)

apabila Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 69D(3);

(b)

apabila menerima suatu permohonan yang dibuat oleh tiga per empat daripada anggota sesuatu koperasi itu; atau

(c)

selepas suatu pemeriksaan telah dibuat di bawah seksyen 64 atau 68 atau selepas suatu siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 66.

(2)

Mana-mana anggota suatu koperasi boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), merayu kepada Menteri terhadap perintah itu.

(3)

Jika tiada rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila tempoh itu tamat.

(4)

Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga ia disahkan oleh

Menteri.

(5)

Jika Suruhanjaya membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1)

bagi pembatalan pendaftaran suatu koperasi, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perintah lanjut yang difikirkannya patut bagi jagaan buku dan dokumen dan bagi perlindungan atau pelupusan harta koperasi itu sehingga perintah yang membatalkan pendaftaran koperasi itu berkuat kuasa di bawah subseksyen (3) atau, jika rayuan dikemukakan di bawah subseksyen (4), sehingga perintah itu disahkan atau selainnya.

(6)

Tiada koperasi boleh dibubarkan kecuali dengan perintah Suruhanjaya.