Malaysia legislation
Section 75
Seksyen 75
Kuasa pelikuidasi
(a)
menentukan, dari semasa ke semasa, sumbangan yang hendaklah dibuat oleh anggota dan bekas anggota, atau oleh harta pusaka anggota yang mati, koperasi itu kepada asetnya;
(b)
menetapkan, melalui notis, suatu hari yang sebelumnya pemiutang, yang tuntutan mereka belum lagi direkodkan dalam buku koperasi itu, hendaklah menyatakan tuntutan mereka bagi diambil kira supaya mereka tidak tersingkir daripada apa-apa pembahagian yang dibuat sebelum mereka membuktikan tuntutan itu;
(c)
memutuskan apa-apa persoalan tentang susunan keutamaan yang berbangkit antara pihak menuntut dan menyediakan suatu skim bagi pembayaran apa yang sepatutnya diterima oleh mereka;
(d)
memulakan dan membela guaman dan prosiding undangundang lain oleh dan bagi pihak suatu koperasi atas namanya atau jawatannya dan hadir sendiri di mahkamah sebagai litigan bagi pihak koperasi itu;
(e)
memberi mana-mana orang kuasa untuk membuat pemungutan dan memberikan resit sah bagi pihaknya;
(f)
memutuskan siapakah yang akan menanggung dan pada kadar apakah akan ditanggungnya kos pelikuidasian;
(g)
memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pemungutan dan pembahagian aset koperasi itu dan pelupusan buku dan dokumen koperasi itu sebagaimana yang perlu semasa menggulung koperasi itu;
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
(h)
berkompromi tentang apa-apa tuntutan oleh atau terhadap koperasi itu dengan syarat sanksi Suruhanjaya telah diperoleh terlebih dahulu;
(i)
memanggil apa-apa mesyuarat agung anggota atau perwakilan sebagaimana yang perlu bagi perjalanan sepatutnya pelikuidasian itu;
(j)
mengambil milik buku, dokumen dan aset koperasi itu;
(k)
menjual, memindah hak, memindah, menyerah hak, menukar, menyerah balik dan memulangkan, memajak, menggadai janji, menggadai, mendapatkan balik, menyerah hak semula atau selainnya mengurus, kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi itu, dan mengurus hasilnya mengikut apa-apa cara untuk faedah, atau bagi kepentingan, koperasi itu atau anggota, pendeposit, pemiutang atau pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi itu;
(l)
membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, atau skim, dengan mana-mana orang yang kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi itu dijual, dipindah hak, dipindah, diserah hak, ditukar, diserah balik dan dipulangkan, dipajak, digadai janji, digadai, diserah hak semula, atau selainnya dilupus, kepada mana-mana orang sebagai balasan untuk orang tersebut bersetuju untuk menjelaskan kesemua, atau suatu bahagian yang dinyatakan, liabiliti koperasi itu termasuk liabiliti deposit koperasi itu;
(m)
membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi, atau skim, dengan mana-mana pendeposit, pemiutang, pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi itu yang apa-apa hak mana-mana orang tersebut, atau apa-apa liabiliti koperasi itu kepada mana-mana orang tersebut, dijadikan tertakluk kepada perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi atau skim yang dibuat oleh pelikuidasi itu;
(n)
mengambil kerja mana-mana orang sebagai pekerja koperasi itu, atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerja koperasi itu, mengikut terma kontrak perkhidmatan atau mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan tatatertib dan hukuman, sebagaimana
Koperasi 69
yang didapatinya perlu, sesuai atau suai manfaat berkenaan dengan pengambilan kerja atau penamatan kerja itu;
(o)
menjalankan perniagaan koperasi itu setakat yang perlu bagi menggulungnya dengan lebih bermanfaat; dan
(p)
mengaturkan pembahagian aset koperasi itu mengikut cara yang memudahkan apabila suatu skim pembahagian telah diluluskan oleh Suruhanjaya.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(o), pelikuidasi suatu koperasi ditetapkan tidak berhak memberikan apa-apa pinjaman.
(3)
Seseorang pelikuidasi boleh merujukkan apa-apa pertikaian kepada
Suruhanjaya, dan berhubung dengan pertikaian sedemikian seksyen 82
hendaklah terpakai seolah-olah pertikaian itu ialah suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan suatu koperasi.
(4)
Seseorang pelikuidasi hendaklah mendepositkan wang dan aset lain suatu koperasi yang dibubarkan yang dipungut olehnya atau yang masuk ke dalam miliknya sebagai pelikuidasi, mengikut cara dan di tempat yang ditentukan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
(5)
Seseorang pelikuidasi hendaklah, tiap-tiap tiga bulan atau pada lat tempoh yang kurang daripada itu sebagaimana yang diperintahkan oleh
Suruhanjaya, mengemukakan kepada Suruhanjaya, suatu laporan yang menyatakan kemajuan yang dicapai dalam menggulung hal ehwal koperasi itu, dan hendaklah, apabila selesai prosiding pelikuidasian itu, mengemukakan suatu laporan muktamad dan menyerahkan kepada Suruhanjaya segala buku, daftar dan akaun kepunyaan koperasi itu dan segala buku dan akaun yang disimpan olehnya yang berhubungan dengan prosiding itu.
(6)
Mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, setakat yang kuasa itu perlu bagi melaksanakan maksud seksyen ini, mempunyai kuasa untuk memanggil dan memaksa kehadiran pihak dan saksi dan untuk memaksa pengemukaan dokumen dengan cara yang sama dan
(setakat yang boleh) mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam hal Mahkamah Sesyen.
(7)
Jika Suruhanjaya telah, menurut subseksyen (4), menentukan bahawa wang suatu koperasi yang dibubarkan hendaklah diremitkan kepadanya, wang itu hendaklah dipegang olehnya dalam suatu Akaun Amanah yang hendaklah
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
dikenali sebagai Akaun Pelikuidasian Koperasi sementara menanti pembahagiannya kepada benefisiari mengikut suatu skim yang memerlukan kelulusannya.
(8)
Wang yang dipegang dalam Akaun Pelikuidasian Koperasi boleh didepositkan atau dilaburkan mengikut peraturan-peraturan, dan pendapatan bersih daripada deposit atau pelaburan itu hendaklah dikreditkan kepada
Kumpulan Wang Pusat Koperasi yang hendaklah dipegang dan ditadbirkan oleh Suruhanjaya mengikut peraturan-peraturan.
Kuasa Suruhanjaya untuk mengawal pelikuidasian