Malaysia legislation

Section 79

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 79

Keutamaan pembayaran oleh pelikuidasi

(2)

Keutamaan pembayaran hutang tidak bercagar suatu koperasi dalam pelikuidasian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bertaraf menurut susunan berikut:

(a)

pertamanya, kos pelikuidasian, termasuk saraan pelikuidasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 76(g);

(b)

keduanya, segala amaun yang kena dibayar kepada Kerajaan

Malaysia bagi pinjaman atau pendahuluan tidak bercagar dan segala amaun yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja;

(c)

ketiganya, segala liabiliti deposit koperasi itu;

(d)

keempatnya, segala upah atau gaji (sama ada atau tidak diperoleh sepenuhnya atau sebahagiannya melalui komisyen) termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau pembayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang menentukan syarat-syarat kerja mana-mana pekerja koperasi itu, tetapi tidak termasuk apa-apa faedah penamatan atau persaraan yang kena dibayar atas pemberhentian pekerjaan atas apa-apa sebab;

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

(e)

kelimanya, segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja berhubung dengan kecederaan fizikal kepada seseorang pekerja yang diambil kerja oleh koperasi itu;

(f)

keenamnya, segala wang yang kena dibayar kepada mana-mana orang, sama ada berkenaan dengan saraan atau pampasan, berhubung dengan kematian mana-mana pekerja koperasi itu;

(g)

ketujuhnya, segala bayaran yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa awam di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai cukai atau selainnya;

(h)

kelapannya, segala hutang lain koperasi itu yang kena dibayar kepada mana-mana pemiutang tidak bercagar.

(3)

Jika pelikuidasian sesuatu koperasi telah selesai dan mana-mana orang tidak menuntut atau menerima apa yang sepatutnya diterimanya di bawah skim pembahagian, notis tentang selesainya pelikuidasian itu hendaklah disiarkan dalam Warta, dan segala tuntutan terhadap wang koperasi yang dilikuidasikan itu hendaklah terhalang apabila luput tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran notis itu dalam Warta.

(4)

Apa-apa baki wang yang tinggal selepas tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam subseksyen (3) hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan

Wang Pusat Koperasi.

Kuasa Suruhanjaya untuk surcaj pegawai, dsb.,koperasi

Section 79 — AKTA KOPERASI 1948 | mylaw.my