Malaysia legislation

Section 82

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 82

Penyelesaian pertikaian

(a)

di kalangan anggota, bekas anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, bekas anggota dan anggota yang mati;

(b)

antara seseorang anggota, bekas anggota, atau orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang mati dengan koperasi itu, Lembaganya, atau mana-mana pegawai koperasi itu;

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

(c)

antara koperasi itu atau Lembaganya dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau

(d)

antara koperasi itu dengan mana-mana koperasi lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Suruhanjaya bagi keputusannya.

(2)

Suatu tuntutan oleh sesuatu koperasi bagi apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh seseorang anggota, bekas anggota atau penama, waris atau wakil di sisi undang-undang seseorang anggota yang mati, hendaklah disifatkan suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan koperasi itu mengikut pengertian subseksyen (1).

(3)

Suruhanjaya boleh, apabila diterimanya rujukan di bawah subseksyen

(1)

(a)

memutuskan sendiri pertikaian itu;

(b)

merujukkannya kepada seseorang penimbang tara atau penimbang penimbang tara bagi diselesaikan;

(ba) merujuk pertikaian itu kepada tribunal yang ditubuhkan di bawah seksyen 83; atau

(c)

menghendaki pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah.

(4)

Mana-mana pihak yang terkilan dengan award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara boleh merayu terhadap award itu kepada

Suruhanjaya dalam masa dua bulan dari tarikh award itu dan mengikut cara yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(5)

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil.

(6)

Award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara di bawah subseksyen (3), jika tiada rayuan dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (4) atau jika rayuan itu ditarik balik atau tidak diteruskan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil.

(7)

Keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang, menurut kuasa subseksyen (5) dan (6), adalah muktamad hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang

Koperasi 75

mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah-olah keputusan atau award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen itu.

(8)

Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah tentang apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah perenggan (3)(c)

boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.

Tribunal