Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
(2)
Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2) yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini.
(3)
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud membolehkan tribunal menjalankan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pegawai dan prosiding tribunal itu.
(4)
Setelah suatu tribunal ditubuhkan di bawah subseksyen (1), segala pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2)—
(a)
yang berbangkit selepas penubuhan itu; atau
(b)
yang, sebelum penubuhan itu, telah dirujukkan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen 82(1) tetapi yang berkenaan dengannya—
(i)
tiada langkah telah diambil atau tiada prosiding telah dimulakan oleh Suruhanjaya bagi penyelesaiannya di bawah perenggan 82(3)(a); atau
(ii)
tiada keputusan telah dibuat oleh Suruhanjaya untuk merujukkan pertikaian itu kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi penyelesaian di bawah perenggan 82(3)(b) atau untuk menghendaki pihak yang
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah di bawah perenggan 82(3)(c), boleh dirujuk kepada tribunal itu oleh Suruhanjaya.
(5)
Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh—
(a)
mengambil dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana tribunal memikirkan perlu untuk mengambil atau memeriksa;
(b)
menghendaki keterangan mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (dan boleh bagi maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar) atau melalui akuan berkanun;
(c)
memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang dalam miliknya dan memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya;
(d)
mendengar dan menentukan pertikaian yang dirujukkan kepadanya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang kepadanya telah diserahkan suatu saman atau notis untuk hadir;
(e)
walau apa pun undang-undang bertulis yang berhubungan dengan keterangan, menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
(f)
menjalankan prosiding atau sebahagian daripadanya secara tertutup.
(6)
Award sesuatu tribunal hendaklah mengikat pihak-pihak.
(6A)
Jika suatu award telah dibuat oleh suatu tribunal, Setiausaha tribunal itu hendaklah atas permohonan pihak yang hendak menguatkuasakan award itu menghantar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permohonan itu satu salinan yang diperakui award itu kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu
Koperasi 77
atau di tempat award itu dibuat dan Pendaftar itu hendaklah menyebabkan award itu direkodkan dan award itu hendaklah selepas itu bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan sebagai penghakiman Mahkamah Sesyen itu, mengikut apa-apa kaedah mahkamah yang terpakai atau, sekiranya tiada kaedah sedemikian, mengikut apaapa cara sebagaimana yang disifatkan adil atau suai manfaat oleh Mahkamah Sesyen itu.
(6B)
Walau apa pun tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan (1)(a)
Aturan 31 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A)
328/1980]* , tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan itu hendaklah, berhubung dengan award yang dibuat sebelum subseksyen (6A) mula berkuat kuasa, disifatkan bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen itu.
(6C)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa award yang dibuat oleh tribunal.
(7)
Mana-mana pihak yang terkilan dengan award tribunal boleh merayu terhadap award itu kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.
(8)
Walaupun suatu tribunal telah ditubuhkan di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya yang di hadapannya terdapat pertikaian yang belum diselesaikan di bawah perenggan 82(3)(a) atau mana-mana penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang kepadanya suatu pertikaian telah dirujukkan di bawah perenggan 82(3)(b) hendaklah terus menguruskan pertikaian itu di bawah perenggan tersebut, dan subseksyen 82(4), (6) dan (7) hendaklah terus terpakai bagi keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(9)
Subseksyen 82(3), (4), (5), (6), (7) dan (8) tidak terpakai bagi apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepada tribunal di bawah seksyen ini.
(10)
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara hendaklah, berkenaan dengan pertikaian yang diputuskan oleh tribunal di bawah seksyen ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai award tribunal itu.
Pengemukaan kes tentang persoalan undang-undang
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.