Malaysia legislation
Section 85A
Seksyen 85A
(2)
Suruhanjaya boleh menghendaki dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) untuk disahkan dengan sewajarnya oleh juruaudit.
(3)
Mana-mana penyata, statistik, dokumen atau maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah benar, tepat dan lengkap.
(4)
Jika maklumat yang diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen
(1)
berhubung dengan akaun atau hal ehwal anggota koperasi, maklumat itu hendaklah dianggap sebagai rahsia antara Suruhanjaya dengan anggota koperasi itu.
(5)
Sesuatu koperasi hendaklah menzahirkan maklumat kepada mana-mana biro kredit sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(6)
Bagi maksud subseksyen (5), apa-apa maklumat yang diterima daripada sesuatu koperasi oleh biro kredit hendaklah dianggap rahsia antara koperasi dengan biro kredit itu.
(7)
Mana-mana koperasi, pegawai koperasi, anggota koperasi atau mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan