Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
(2)
Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
menetapkan borang yang hendaklah digunakan dan syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon pendaftaran sesuatu koperasi dan tatacara dalam hal permohonan itu;
(b)
menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatu koperasi hendaklah atau boleh membuat undang-undang kecil dan bagi tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecilnya termasuk undang-undang kecil yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ini dan syarat-syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pindaan atau pembatalan itu;
(c)
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pemilihan, pelantikan, tempoh jawatan dan kehilangan kelayakan anggota
Lembaga sesuatu koperasi dan juruauditnya;
(d)
menetapkan cara bagaimana sesuatu perniagaan, aktiviti atau hal ehwal tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi;
(e)
menetapkan maksud yang baginya simpanan khas sesuatu koperasi boleh digunakan;
(f)
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan penggabungan dan pembahagian mana-mana koperasi dan pemindahan aset dan liabiliti koperasi itu, termasuk—
(i)
peletakhakan aset dan liabiliti—
(A)
koperasi yang bergabung dalam koperasi gabungan itu;
(B)
sesuatu koperasi dalam koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian; atau
Koperasi 81
(C)
sesuatu koperasi dalam suatu koperasi lain menurut sesuatu pemindahan; dan
(ii)
pendaftaran koperasi gabungan, koperasi baru dan pembatalan pendaftaran, dalam hal suatu penggabungan, koperasi yang bergabung, dalam hal suatu pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal suatu pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan;
(g)
menetapkan maksud yang baginya dana di dalam Akaun Rizab, selain yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan;
(h)
menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan
Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbir dan digunakan;
(i)
tertakluk kepada peruntukan nyata Akta ini, menentukan dalam hal yang bagaimana sesuatu rayuan boleh dibuat terhadap perintah
Suruhanjaya dan menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan menyelesaikan rayuan itu;
(j)
menetapkan cara melantik seseorang penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Suruhanjaya atau penimbang tara itu;
(k)
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan hal yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi itu;
(l)
menetapkan borang yang hendaklah digunakan, fi yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhi dan semua perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturanperaturan;
(m)
mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan
Koperasi Kebangsaan;
(n)
menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
Koperasi, Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dan
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
apa-apa kumpulan wang lain hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan;
(o)
mengadakan peruntukan bagi pelaburan wang sesuatu koperasi dalam bon atau debentur mana-mana koperasi, sekuriti mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia atau dalam subsidiarinya;
(p)
mengadakan peruntukan bagi pelaburan oleh sesuatu koperasi dalam harta tak alih;
(q)
mengadakan peruntukan bagi penerimaan deposit oleh sesuatu koperasi daripada orang yang bukan anggota koperasi itu;
(r)
menetapkan tatacara berkenaan dengan pembayaran bagi syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota daripada Kumpulan Wang
Rizab Statutori;
(s)
mengadakan peruntukan bagi penubuhan subsidiari koperasi dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
(t)
menetapkan tatacara bagi pengeluaran syer, pulangan atau faedah anggota yang meninggal dunia oleh wakil yang sah, penama, waris atau mana-mana orang, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(u)
menetapkan kontrak yang dibuat antara koperasi dengan anggota yang merupakan seorang kanak-kanak;
(v)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu;
(w)
menetapkan perkara yang berhubungan dengan mesyuarat agung permulaan dan mesyuarat agung tahunan;
(x)
menetapkan tatacara berkenaan dengan pengeluaran dan pemindahan syer, pulangan atau kepentingan seseorang anggota apabila keanggotaan ditamatkan; dan
(y)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang disifatkan oleh Suruhanjaya suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.
(3)
Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri dan Menteri Kewangan, membuat apa-apa
Koperasi 83
peraturan sebagaimana yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawal selia perniagaan, aktiviti atau hal ehwal, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan yang lebih baik, koperasi yang menjalankan perniagaan pengambilan deposit atau perniagaan insurans.
(4)
Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan kesemua, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan koperasi dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat bagi koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan.
(5)
Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Kuasa untuk membuat perintah