Malaysia legislation

Section 86B

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 86B

(2)

Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda Jadual di bawah subseksyen (1) dan apabila penyiaran perintah itu, Jadual, sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah berkuat kuasa penuh dan hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian integral Akta ini sebagaimana dari tarikh penyiaran itu, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Mana-mana arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh berhubung dengan kesemua, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan koperasi, dan peruntukan yang berlainan

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

boleh dibuat untuk koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan.

Pengecualian