Malaysia legislation

Section 91

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 91

Kesalahan am

(a)

sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi atau seseorang anggota koperasi melakukan apa-apa perbuatan yang menghendaki keizinan atau kelulusan Suruhanjaya atau mesyuarat agung tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan atau kelulusan itu;

(b)

sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi atau seseorang anggota koperasi yang abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah, untuk dibuat; dan

(c)

sesuatu koperasi atau mana-mana orang yang melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilarang oleh, atau tidak mematuhi kehendak Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah.

(2)

Mana-mana koperasi, pegawai koperasi anggota koperasi, atau mana-mana orang, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda satu ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bagaimana dan bila prosiding diambil