Malaysia legislation

Section 95

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 95

Pemansuhan dan kecualian

(a)

Akta Koperasi 1948 [Akta 287];

(b)

Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) [Sabah Ord. No. 3 tahun 1958];

dan

(c)

Ordinan Koperasi (Sarawak) [Sarawak Cap. 66].

(2)

Pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3A Akta

Koperasi 1948 dengan nama “Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia” hendaklah terus wujud sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3*.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana daftar yang disimpan atau disenggarakan atau mana-mana kumpulan wang yang dipegang dan ditadbirkan menurut undang-undang termansuh hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar atau kumpulan wang yang bersamaan di bawah

Akta ini.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3)—

* CATATAN− Seksyen 3 telah dipotong oleh Akta A1297.

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

(a)

Kumpulan Wang Audit dan Penyeliaan yang ditubuhkan di bawah

Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah dan Kaedah-Kaedah Koperasi

Sarawak hendaklah terus dipegang dan ditadbirkan oleh Pendaftar yang bertanggungjawab bagi koperasi di Negeri Sabah atau

Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah digunakan bagi maksud yang diperuntukkan di bawah Ordinan

Koperasi 1958 (Sabah) [Sabah P.W.S. 3 tahun 1958] atau Ordinan

Koperasi (Sarawak) [Sarawak P.W.S. 1 tahun 1949] yang termansuh,mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali bahawa tiada sumbangan baru kepada Kumpulan Wang itu boleh dilevi;

dan

(b)

wang yang didepositkan dengan sesuatu bank atau koperasi boleh

Pendaftar di bawah peruntukan subseksyen 46(3) Ordinan

Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana berkenaan, hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, dipindahkan kepada Akaun Pelikuidasian Koperasi yang dipegang oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 75(7).

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana Kumpulan Wang yang tersebut dalam perenggan

(4)

(a)

boleh dipegang dan ditadbirkan dan, apabila Kumpulan Wang itu menjadi berkurangan, bagi pembubarannya dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

Kedudukan pendaftaran dan undang-undang kecil koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang termansuh