Malaysia legislation
Section 2
of AKTA KETUA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT (PERBADANAN) 1948
Seksyen 2
Pemerbadanan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan kuasa perbadanan
(2)
Perbadanan boleh membuat kontrak dan membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya tersebut dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang disifatkan patut oleh perbadanan, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 529 A perkataan “Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia”
bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan.
(3)
Perbadanan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, dan menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, menggadaikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak pada perbadanan atas apa-apa terma yang disifatkan patut oleh perbadanan.
Penyempurnaan dokumen