Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Setiap mahkamah hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Hakim Besar melalui pemberitahuan dalam
Warta.
Proses mahkamah
*5. (1) Segala apa jua pun saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses mandatori, sama ada sivil atau jenayah, hendaklah—
(a)
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964);
(b)
jika dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Sesyen, ditandatangani oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu, atau ditandatangani, bagi pihak Hakim Mahkamah Sesyen itu, oleh seorang Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah Sesyen itu terletak atau oleh Pendaftar Mahkamah Rendah;
(c)
jika dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Majistret, ditandatangani oleh seorang Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah itu terletak, atau ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah
Rendah yang terletak di bandar atau di tempat yang sama dengan Mahkamah Majistret itu; dan
(d)
jika dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Penghulu, ditandatangani oleh Penghulu Mahkamah itu, dan tiap-tiap saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses mandatori itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai mahkamah yang mengeluarkan atau membuatnya.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
10
Undang-Undang Malaysia
*(2) Segala apa jua pun saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses lain, sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan atau dibuat oleh atau dengan kuasa mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa kausa atau perkara dalam bidang kuasanya hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dan boleh disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana jua di dalam Semenanjung Malaysia.