Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Hakim Mahkamah
Sesyen melainkan jika dia seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang pelantikan seseorang untuk bertindak secara sementara sebagai Hakim
Mahkamah Sesyen.
Pemindahan kuasa kepada Hakim Mahkamah Sesyen
*61.
Tertakluk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung dalam Akta ini, segala kuasa, tugas dan fungsi yang, melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Semenanjung
Malaysia atau mana-mana bahagiannya pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau melalui mana-mana undang-undang yang diluluskan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa di
Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, atau dinyatakan sebagai diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas atau yang, jika Akta ini tidak diluluskan, sepatutnya telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas seseorang Hakim Daerah,
Majistret daripada apa-apa perihalan atau Koroner bagi Semenanjung
Malaysia hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 80, diletakhakkan pada, diberikan kepada dan dipertanggungkan ke atas Hakim
Mahkamah Sesyen, dalam hal undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, pada dan selepas tarikh itu, dan dalam hal undang-undang yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang itu.
Jenis urusan dalam apa-apa persidangan