Malaysia legislation

Section 65

of AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948

Seksyen 65

Bidang kuasa sivil Mahkamah Sesyen

(a)

bidang kuasa yang tidak terhad untuk membicarakan segala tindakan dan guaman daripada jenis sivil berkenaan dengan kemalangan kenderaan motor, tuan tanah dan penyewa dan distres; dan

(b)

bidang kuasa untuk membicarakan segala tindakan dan guaman lain daripada jenis sivil jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.

(2)

(Dipotong oleh Akta A434).

(3)

Apabila pihak-pihak kepada suatu tindakan atau guaman yang boleh diberi kognisans oleh Mahkamah Sesyen, jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu tidak melebihi had bidang kuasa, telah membuat perjanjian bertulis bahawa Mahkamah

Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan atau guaman itu, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan atau guaman itu, walaupun amaun hal perkara itu mungkin melebihi had nilai bidang kuasa.

14

Undang-Undang Malaysia

(4)

Tiap-tiap perjanjian sedemikian hendaklah difailkan di

Mahkamah Sesyen dan apabila perjanjian difailkan sedemikian, pihak-pihak kepadanya hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa

Mahkamah Sesyen.

Tuntutan balas dalam Mahkamah Sesyen dan pemindahan daripadanya