Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Kecualian bagi bidang kuasa
Mahkamah Sesyen tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa dalam tindakan, guaman atau prosiding daripada jenis sivil—
(a)
yang berhubungan dengan harta tak alih kecuali yang diperuntukkan dalam seksyen 70 dan 71;
(b)
bagi pelaksanaan spesifik atau pembatalan kontrak;
(c)
bagi injunksi;
(d)
bagi pengkenselan atau pembetulan surat cara;
(e)
untuk menguatkuasakan amanah;
(f)
bagi akaun;
(g)
bagi dekri perisytiharan kecuali dalam prosiding interplider di bawah seksyen 73;
(h)
bagi pengeluaran atau pembatalan pemberian perwakilan harta pusaka orang yang mati atau pentadbiran atau pembahagian harta pusaka itu;
(i)
yang dalamnya kesahtarafan mana-mana orang dipersoalkan;
*(j) yang dalamnya penjagaan atau jagaan budak dipersoalkan;
dan
(k)
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara khusus dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, yang dalamnya kesahan atau pembubaran mana-mana perkahwinan dipersoalkan.
Mendapatkan kembali harta tak alih