Malaysia legislation

Section 70

of AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948

Seksyen 70

(2)

Dalam mana-mana tindakan atau guaman itu, boleh ditambahkan suatu tuntutan bagi sewa atau hasil perantaraan dan bagi ganti rugi yang berbangkit kepada plaintif oleh sebab defendan menangguhkan atau menentang haknya untuk memiliki atau memasuki semula, dan bagi ganti rugi kerana pelanggaran apa-apa waad, syarat atau perjanjian berhubung dengan premis itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A887).

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 71, bidang kuasa yang disebut terdahulu tidak boleh dijalankan dalam apa-apa kes jika, pada pendapat Mahkamah, suatu soal bona fide mengenai hakmilik terlibat dan, tertakluk kepada seksyen itu, mendapatkan kembali pemilikan apa-apa harta tak alih di bawah seksyen ini tidak menjadi halangan kepada permulaan sesuatu tindakan, guaman atau prosiding daripada jenis sivil di

Mahkamah Tinggi bagi membicarakan hakmilik bagi harta tak alih itu.

Bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai hakmilik bagi harta tak alih dengan persetujuan pihak-pihak

*71.

Jika, dalam apa-apa tindakan atau guaman di hadapan

Mahkamah Sesyen, hakmilik bagi sesuatu harta tak alih dipertikaikan, atau soal tentang pemunyaannya berbangkit, Mahkamah boleh memutuskan perkara itu jika semua pihak yang mempunyai kepentingan bersetuju; tetapi, jika mereka tidak semuanya bersetuju,

Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah membuat permohonan kepada

Mahkamah Tinggi untuk memindahkan tindakan atau guaman itu kepada Mahkamah itu sendiri.

*CATATAN—Bagi tindakan dan guaman berkenaan dengan harta tak alih di Sarawak–lihat

Mahkamah Rendah 17

Kuasa untuk mengeluarkan distres