Malaysia legislation

Section 76

of AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948

Seksyen 76

(3)

Mahkamah Majistret hendaklah biasanya diadakan di mana-mana tempat yang diarahkan oleh Hakim Besar, tetapi jika didapati perlu ia boleh juga diadakan di mana-mana tempat lain dalam had bidang kuasanya.

Majistret Kelas Pertama ex-officio

*77. (1) Orang yang sedang memegang atau memangku jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat hendaklah, ex officio, menjadi

Majistret Kelas Pertama dalam dan bagi Negeri-Negeri berkenaan yang ditetapkan dalamnya.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, memotong mana-mana jawatan daripada, mengubah, atau menambah apa-apa jawatan kepada, senarai jawatan dalam Jadual

Keempat.

Pelantikan Majistret Kelas Pertama

**78.

Tanpa menjejaskan seksyen 77 Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas syor Hakim Besar dalam setiap hal, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Majistret Kelas

Pertama dalam dan bagi Negeri itu.

Kelayakan Majistret Kelas Pertama