Malaysia legislation

Section 78A

of AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948

Seksyen 78A

Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Majistret Kelas

Pertama melainkan jika dia seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang pelantikan seseorang untuk bertindak secara sementara sebagai Majistret Kelas

Pertama.

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 43/1974 dan

**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan–lihat P.U. (A) 43/1974.

20

Undang-Undang Malaysia

Pelantikan Majistret Kelas Kedua

*79.

Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Majistret Kelas Kedua dalam dan bagi Negeri itu.

Pemindahan kuasa kepada Majistret

**80. (1) Tertakluk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung dalam Akta ini, segala kuasa, tugas dan fungsi yang, melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Semenanjung

Malaysia atau mana-mana bahagiannya pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau melalui mana-mana undang-undang yang diluluskan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa di

Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, atau dinyatakan sebagai diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas atau yang, jika Akta ini tidak diluluskan, sepatutnya telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas seseorang Hakim Daerah,

Majistret daripada apa-apa perihalan atau Koroner bagi Semenanjung

Malaysia hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 61, diletakhakkan pada, diberikan kepada dan dipertanggungkan ke atas Majistret yang dilantik di bawah Akta ini, dalam hal undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasanya Akta ini, pada dan selepas tarikh itu, dan dalam hal undang-undang yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang itu.

(2)

Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama di bawah atau menurut Akta ini hendaklah menjadi seorang Jaksa

Pendamai ex-officio di dalam dan bagi Negeri yang dalamnya dan yang baginya Majistret Kelas Pertama itu telah dilantik sedemikian dan segala kuasa, tugas dan fungsi yang oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, seorang Jaksa Pendamai

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Yang Dipertuan Agong boleh melantik–lihat

P.U. (A) 43/1974.

**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 43/1974 dan

Mahkamah Rendah 21

yang dilantik dalam dan bagi mana-mana Negeri hendaklah diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas tiap-tiap Majistret Kelas Pertama yang dilantik sedemikian bagi Negeri itu.

Majistret daripada mana-mana kelas boleh mengetuai

Mahkamah Majistret 81.

Mana-mana Majistret daripada salah satu kelas boleh bersidang dalam mana-mana Mahkamah Majistret dalam had bidang kuasa tempatannya bagi maksud mendengar dan memutuskan apa-apa kausa atau perkara, sivil atau jenayah, yang mengenainya dia mempunyai bidang kuasa menurut undang-undang ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

Kuasa am dan bidang kuasa Mahkamah Majistret dan Majistret 82.

Sesuatu Mahkamah Majistret yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai Mahkamah

Majistret Kelas Pertama, dan hendaklah mempunyai segala kuasa dan bidang kuasa yang diberikan kepada seorang Majistret Kelas

Pertama oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan mana-mana Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah itu terletak boleh menjalankan kuasa dan bidang kuasa Mahkamah itu:

Dengan syarat bahawa seorang Majistret Kelas Kedua tidak boleh mengadakan siasatan permulaan atau meneruskan hingga perbicaraan dan pemutusan muktamad apa-apa kausa atau perkara yang tidak dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 88 atau 92 atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Proses permulaan dan perintah interlokutori 83.

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 82 atau seksyen 5—

(a)

apa-apa saman, writ, waran atau proses lain, sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Majistret boleh ditandatangani oleh Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa

22

Undang-Undang Malaysia

Mahkamah itu terletak walaupun Majistret itu berwibawa 5atau tidak berwibawa untuk membicarakan dan memutuskan kausa atau perkara yang dengannya saman, writ, waran atau proses lain itu berhubungan;

(b)

dalam apa-apa kausa atau perkara, sama ada sivil atau jenayah, di hadapan Mahkamah Majistret mana-mana

Majistret daripada salah satu kelas dalam had tempatan yang bidang kuasa Mahkamah itu terletak boleh membuat apa-apa perintah interlokutori atau interim yang tidak melibatkan perbicaraan dan pemutusan muktamad kausa atau perkara itu termasuk, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, perintah yang berhubungan dengan penangguhan, tahanan dan jaminan, pelaksanaan penghakiman dan dekri, dan pemindahan prosiding ke

Mahkamah Sesyen.

Jenis urusan dalam apa-apa persidangan 84.

Dalam apa-apa persidangan Mahkamah Majistret kedua-dua kausa dan perkara sivil dan jenayah, boleh didengar, diputuskan dan diuruskan, atau salah satu daripadanya.

BIDANG KUASA JENAYAH MAJISTRET

Bidang kuasa jenayah Majistret Kelas Pertama 85.

Tertakluk kepada batasan yang terkandung dalam Akta ini seorang Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala kesalahan yang tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi sepuluh tahun pemenjaraan atau yang boleh dihukum dengan denda sahaja dan kesalahan di bawah seksyen 392 dan 457 Kanun

Keseksaan.

Rayuan jenayah daripada Mahkamah Penghulu

*86.

Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah oleh orang yang disabitkan oleh Mahkamah Penghulu yang terletak dalam had bidang

*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.

Mahkamah Rendah 23

kuasa tempatannya dan boleh, jika difikirkannya tiada alasan yang mencukupi untuk mencampur tangan, menolak rayuan itu atau boleh—

(a)

dalam suatu rayuan terhadap sabitan—

(i)

mengakaskan dapatan dan hukuman dan membebaskan dan melepaskan perayu;

(ii)

memerintahkan supaya perayu dibicarakan semula oleh mana-mana mahkamah bawahan yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa; atau

(iii)

mengubah dapatan itu dan membuat apa-apa perintah tentang hukuman sesudah itu yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

(b)

dalam sesuatu rayuan terhadap hukuman, mengurangkan atau mengubah, tetapi tidak menambah, hukuman itu;

dan

(c)

dalam sesuatu rayuan terhadap apa-apa perintah lain, mengubah atau mengakaskan perintah itu.

Hukuman dalam kewibawaan Majistret Kelas Pertama

Section 78A — SUBORDINATE COURTS ACT 1948 | mylaw.my