Malaysia legislation
Section 87
Seksyen 87
(a)
lima tahun pemenjaraan;
(b)
denda sebanyak sepuluh ribu ringgit;
(c)
sebat sebanyak dua belas kali; atau
(d)
apa-apa hukuman yang menggabungkan mana-mana daripada hukuman yang disebut terdahulu:
Dengan syarat bahawa jika, melalui mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah mana-mana Majistret untuk mengawardkan hukuman bagi apa-apa kesalahan yang melebihi kuasa yang ditetapkan oleh seksyen ini, seorang Majistret Kelas Pertama boleh, walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undang-undang itu.
24
Undang-Undang Malaysia
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika seorang Majistret Kelas
Pertama telah mensabitkan mana-mana orang dan ternyata bahawa, oleh sebab apa-apa sabitan dahulu atau latar belakangnya, suatu hukuman yang melebihi hukuman yang ditetapkan oleh subseksyen
(1)
patut diawardkan, Majistret Kelas Pertama itu boleh mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undang-undang bagi kesalahan yang mengenainya orang itu telah disabitkan dan hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.
Bidang kuasa jenayah Majistret Kelas Kedua
*88.
Seorang Majistret Kelas Kedua hendaklah hanya mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan yang tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi dua belas bulan bagi mana-mana kesalahan atau yang boleh dihukum dengan denda sahaja:
Dengan syarat bahawa jika seorang Majistret Kelas Kedua berpendapat bahawa dalam hal keadaan kes itu, jika berkesudahan dengan suatu sabitan, kuasa menghukum yang dimilikinya itu tidak memadai, dia hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk menangguhkan kes itu untuk dibicarakan oleh seorang Majistret
Kelas Pertama.
Hukuman dalam kewibawaan Majistret Kelas Kedua