Malaysia legislation
Section 95
Seksyen 95
Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu
(2)
Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu juga dihadkan kepada perbicaraan pertuduhan terhadap orang daripada ras Asia.
(3)
Mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Penghulu boleh memilih untuk dibicarakan oleh Mahkamah Majistret, dan orang itu hendaklah diberitahu oleh Penghulu, sebelum perbicaraannya dimulakan, tentang haknya untuk memilih sedemikian. Jika mana-mana orang memilih untuk dibicarakan oleh Mahkamah Majistret di bawah subseksyen ini,
Penghulu hendaklah dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Majistret.
Hukuman dalam kewibawaan Mahkamah Penghulu