Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“lambang kebangsaan” ertinya apa-apa bendera, sepanduk atau lambang lain yang menjadi atau yang berupa sebagai bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana Negeri, atau bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana pertubuhan politik yang mendakwa menjadi suatu pergerakan kebangsaan dalam mana-mana Negeri atau apa-apa kesamaan atau keserupaan tidak kira bagaimana sekalipun dihasilkan semula tentang mana-mana pemimpin negara atau bekas pemimpin negara bagi mana-mana Negeri atau pemimpin atau bekas pemimpin mana-mana pertubuhan politik itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mengawal lambang kebangsaan;
“Negeri” ertinya mana-mana Negeri atau negara, selain Malaysia dan mana-mana Negeri yang termasuk dalam Malaysia dan termasuklah mana-mana tanah naungan, tanda milik atau bahagian mana-mana Negeri;
Undang-Undang Malaysia 6
“premis” ertinya mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau tempat apa jua pun;
“sekolah” ertinya mana-mana premis atau mana-mana bahagian mana-mana premis tempat orang pada kebiasaannya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.