Malaysia legislation

Section 7

of AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949

Seksyen 7

Kuasa memasuki dan menggeledah

Mana-mana pegawai polis boleh memasuki mana-mana premis tempat mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan yang berlawanan dengan Akta ini atau terma atau syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5 atau mana-mana sekolah yang di dalamnya dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap

Akta ini sedang atau telah dilakukan dan boleh menggeledah mana-mana premis atau sekolah yang dimasuki sedemikian atau mana-mana bahagian daripadanya dan boleh menyita apa-apa barang yang dijumpai di dalamnya yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai menjadi keterangan tentang berlakunya mana-mana kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 8