Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bank” dan “jurubank” ertinya mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan perbankan di Malaysia dan yang diperbadankan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia dan mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan sedemikian di Malaysia di bawah suatu lesen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia berhubung dengan perbankan, dan juga mana-mana Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di Malaysia;
“buku jurubank” termasuklah mana-mana lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan apa-apa buku yang lain yang digunakan dalam urusan biasa sesuatu bank;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi dan berkaitan dengan apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Sesyen termasuklah
Mahkamah itu;