Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Bukti bahawa buku ialah buku jurubank
(1)
Salinan sesuatu catatan dalam buku jurubank tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika dibuktikan terlebih dahulu bahawa pada masa catatan itu dibuat buku itu ialah satu daripada buku biasa bank itu, dan bahawa catatan itu telah dibuat dalam perjalanan lazim dan biasa perniagaan, dan bahawa buku itu dalam jagaan atau kawalan bank itu.
(2)
Bukti sedemikian boleh diberikan oleh seseorang pegawai bank itu, dan boleh diberikan secara lisan atau dengan afidavit yang dibuat dengan bersumpah di hadapan mana-mana majistret atau orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit.
Penentusahan salinan