Malaysia legislation

Section 5

of AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949

Seksyen 5

(1)

Salinan sesuatu catatan dalam buku jurubank tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika dibuktikan selanjutnya bahawa salinan itu telah diteliti bersama dengan catatan asal dan adalah betul.

(2)

Bukti sedemikian hendaklah diberikan oleh seseorang yang telah meneliti salinan itu bersama dengan catatan asal, dan boleh diberikan sama ada secara lisan atau dengan afidavit yang dibuat dengan bersumpah di hadapan mana-mana majistret atau orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit.

Kes yang dalamnya pegawai bank tidak boleh dipaksa mengemukakan buku, dsb.

Section 5 — AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 | mylaw.my