Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Mahkamah atau Hakim boleh memerintahkan pemeriksaan
(1)
Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding undang-undang
Mahkamah atau
Hakim boleh memerintahkan bahawa pihak itu bebas memeriksa dan membuat salinan mana-mana catatan dalam sesuatu buku jurubank bagi apa-apa maksud prosiding itu.
(2)
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat sama ada dengan atau tanpa memanggil bank itu atau mana-mana pihak lain, dan hendaklah disampaikan kepada bank itu tiga hari genap sebelum perintah itu dikehendaki supaya dipatuhi melainkan jika
Mahkamah atau Hakim mengarahkan selainnya.
Kos