Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Kos apa-apa permohonan kepada Mahkamah atau Hakim di bawah Akta ini, dan kos apa-apa jua yang dilakukan atau dikehendaki supaya dilakukan di bawah sesuatu perintah Mahkamah atau Hakim yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah mengikut budi bicara Mahkamah atau Hakim itu, yang boleh memerintahkan supaya kos itu atau mana-mana bahagiannya dibayar oleh bank itu kepada mana-mana pihak jika kos itu telah disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau kelewatan pada pihak bank itu.
(2)
Apa-apa perintah sedemikian terhadap sesuatu bank boleh dikuatkuasakan seolah-olah bank itu ialah suatu pihak dalam prosiding itu.