Malaysia legislation
Section 11
of AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949
Seksyen 11
Peluasan Akta
Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa peruntukan salingan telah atau akan dibuat oleh badan perundangan mana-mana negara atau wilayah bagi menguatkuasakan di negara atau wilayah itu perintah nafkah yang dibuat oleh mahkamah di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, memperluas Akta ini ke negara atau wilayah itu dan boleh meminda Jadual mengikut apa-apa cara yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada perintah itu dan untuk menghapuskan apa-apa ketakselarasan dengannya dalam Jadual.