Malaysia legislation
Section 12
of AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949
Seksyen 12
(2)
Akta ini hendaklah terpakai bagi semua perintah mahkamah yang dibuat dan semua prosiding yang dimulakan di bawah mana-mana Enakmen atau Ordinan yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Malaysia sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini bagi segala maksud seolah-olah perintah itu telah dibuat atau prosiding itu telah dimulakan di bawah Akta ini, dan, jika mana-mana Enakmen atau Ordinan itu telah diperluas ke mana-mana negara atau wilayah yang dinyatakan dalam Jadual, Akta ini hendaklah, bagi maksud mana-mana perintah atau prosiding sedemikian, disifatkan telah diperluas ke negara atau wilayah itu walaupun tiada perintah bagi maksud itu telah dibuat di bawah seksyen 11.