Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949
Seksyen 2
Tafsiran
“Mahkamah tempatan” ertinya Mahkamah Sesyen atau
Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan guaman yang berhubungan dengan nafkah isteri atau anak, dan “Mahkamah tempatan yang berkenaan” ertinya
Mahkamah tempatan dalam daerah tempat tinggal orang yang terhadapnya suatu perintah nafkah dibuat;
“negara salingan” ertinya mana-mana negara atau wilayah, termasuk England, Wales dan Ireland Utara, yang baginya Akta ini sedang terpakai dan yang dinyatakan dalam Jadual;
“orang tanggungan” berhubung dengan mana-mana orang ertinya orang yang kena diberi nafkah oleh orang itu menurut undang-undang yang berkuat kuasa di negara salingan atau di
Malaysia tempat suatu perintah nafkah telah dibuat;