Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949

Seksyen 3

Jika suatu perintah nafkah telah dibuat terhadap mana-mana orang oleh mana-mana mahkamah di suatu negara salingan, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, dan satu salinan diperakui perintah itu telah disampaikan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kehakiman,

Menteri itu hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan perintah itu dihantar kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan untuk didaftarkan, dan, apabila diterima salinan itu, perintah itu hendaklah didaftarkan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah, mulai dari tarikh pendaftaran itu, mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dan, tertakluk kepada Akta ini, segala prosiding boleh diambil atas perintah itu seolah-olah perintah itu ialah suatu perintah yang didapati pada asalnya dalam

Mahkamah tempatan itu, dan Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan perintah itu dengan sewajarnya.