Malaysia legislation
Section 4
of AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949
Seksyen 4
Penyampaian perintah nafkah yang dibuat di Malaysia
Jika suatu Mahkamah tempatan telah membuat suatu perintah nafkah terhadap mana-mana orang, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, dan jika dibuktikan kepada
Mahkamah itu bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bermastautin di suatu negara salingan, Mahkamah itu hendaklah menghantar suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal 034b.fm Page 6 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM
Perintah Nafkah (Kemudahan bagi
Penguatkuasaan) 7
luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu.
Kuasa untuk membuat perintah sementara tentang nafkah terhadap orang yang bermastautin di negara salingan 5.
(1)
Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu Mahkamah tempatan bagi mendapatkan suatu perintah nafkah terhadap mana-mana orang, dan jika dibuktikan bahawa orang itu bermastautin di suatu negara salingan, Mahkamah itu boleh, tanpa kehadiran orang itu, jika selepas mendengar keterangan Mahkamah itu berpuas hati tentang keadilan permohonan itu, membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat olehnya sekiranya saman telah disampaikan dengan sewajarnya kepada orang itu dan orang itu tidak hadir dalam pendengaran itu, tetapi dalam hal yang sedemikian perintah itu sementara sahaja, dan tidaklah mempunyai kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan oleh suatu mahkamah berwibawa di negara salingan itu.
(2)
Keterangan mana-mana saksi yang diperiksa tentang mana-mana permohonan sedemikian hendaklah ditulis, dan deposisi itu hendaklah dibacakan kepadanya dan ditandatangani olehnya.
(3)
Jika suatu perintah dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu, Mahkamah itu hendaklah menghantar deposisi yang diambil sedemikian dan suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu bersama dengan suatu perakuan yang menyatakan alasan yang berdasarkannya pembuatan perintah itu mungkin boleh dibangkang sekiranya saman telah disampaikan dengan sewajarnya kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat dan orang itu telah hadir dalam pendengaran itu, serta apa-apa maklumat yang dimiliki oleh
Mahkamah itu bagi memudahkan orang itu dikenal pasti, dan bagi menentukan di mana orang itu berada.
(4)
(a)
Jika mana-mana perintah sementara sedemikian telah sampai di hadapan sesuatu mahkamah berwibawa di negara salingan itu untuk disahkan, dan perintah itu telah dihantar balik oleh mahkamah itu, bagi maksud mengambil keterangan lanjut, kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan yang telah membuat perintah itu, Mahkamah tempatan itu hendaklah, selepas 034b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM
8
Undang-Undang Malaysia memberikan notis yang ditetapkan, terus mengambil keterangan mengikut cara yang serupa dan tertakluk kepada syarat yang serupa seperti keterangan bagi menyokong permohonan yang asal.
(b)
Jika apabila keterangan itu didengar Mahkamah itu mendapati bahawa perintah itu tidak sepatutnya dibuat,
Mahkamah itu boleh menghapuskan perintah itu, tetapi dalam mana-mana hal yang lain deposisi itu hendaklah dihantar kepada
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri dan diuruskan mengikut cara yang serupa seperti deposisi yang asal.
(5)
Pengesahan sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menyentuh apa-apa kuasa sesuatu Mahkamah tempatan untuk mengubah atau menghapuskan perintah itu:
Dengan syarat bahawa apabila membuat sesuatu perintah pengubahan atau penghapusan, Mahkamah itu hendaklah menghantar suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu, dan bahawa dalam hal sesuatu perintah yang mengubah perintah yang asal, perintah itu tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan mengikut cara yang serupa seperti perintah yang asal.
(6)
Pemohon berhak membuat rayuan, jika ada, terhadap keengganan membuat suatu perintah sementara sama seperti dia berhak membuat rayuan terhadap keengganan membuat suatu perintah sekiranya saman telah disampaikan dengan sempurnanya kepada orang yang terhadapnya perintah itu diminta supaya dibuat.
Kuasa Mahkamah tempatan untuk mengesahkan perintah sementara tentang nafkah yang dibuat di negara salingan terhadap orang yang bermastautin di Malaysia 6.
(1)
Jika suatu perintah nafkah telah dibuat oleh suatu
Mahkamah di suatu negara salingan, dan perintah itu sementara sahaja dan tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia, dan suatu salinan diperakui perintah itu bersama dengan deposisi saksi dan suatu perakuan yang 034b.fm Page 8 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM
Perintah Nafkah (Kemudahan bagi
Penguatkuasaan) 9
menyatakan alasan yang berdasarkannya perintah itu mungkin boleh dibangkang telah disampaikan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kehakiman dan
Menteri itu mendapati bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bermastautin di Malaysia, Menteri itu hendaklah menyebabkan supaya dokumen itu dihantar kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan bersama dengan suatu rekuisisi supaya suatu saman dikeluarkan menghendaki orang itu menunjukkan sebab mengapa perintah itu tidak patut disahkan, dan apabila dokumen dan rekuisisi itu diterima, Mahkamah tempatan yang berkenaan itu hendaklah mengeluarkan saman dan menyebabkan supaya saman itu disampaikan kepada orang itu.
(2)
Sesuatu saman yang dikeluarkan sedemikian boleh disampaikan mengikut cara yang sama seolah-olah saman itu telah dikeluarkan pada asalnya di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].
(3)
Dalam pendengaran itu hendaklah terbuka kepada orang yang kepadanya saman itu telah disampaikan untuk mengemukakan apa-apa pembelaan yang boleh dikemukakannya dalam prosiding yang asal sekiranya dia menjadi suatu pihak dalam prosiding itu tetapi dia tidak boleh mengemukakan apa-apa pembelaan lain, dan perakuan daripada mahkamah yang membuat perintah sementara itu yang menyatakan alasan yang berdasarkannya pembuatan perintah itu mungkin boleh dibangkang sekiranya orang yang terhadapnya perintah itu dibuat telah menjadi suatu pihak dalam prosiding itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa alasan itu ialah alasan yang berdasarkannya bantahan boleh dibuat.
(4)
Jika dalam pendengaran itu orang yang kepadanya saman itu telah disampaikan tidak hadir atau, apabila hadir, tidak dapat memuaskan hati Mahkamah tempatan bahawa perintah itu tidak sepatutnya disahkan, Mahkamah itu boleh mengesahkan perintah itu sama ada tanpa ubah suaian atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan adil oleh Mahkamah itu selepas mendengar keterangan.
(5)
Jika orang yang terhadapnya saman itu telah dikeluarkan hadir dalam pendengaran itu dan memuaskan hati Mahkamah tempatan bahawa bagi maksud apa-apa pembelaan perlu kes itu dihantar balik ke mahkamah yang membuat perintah sementara itu bagi pengambilan apa-apa keterangan lanjut, Mahkamah itu boleh menghantar balik kes itu dan menangguhkan prosiding itu bagi maksud itu.