Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949

Seksyen 10

Salinan pejabat

Suatu salinan apa-apa dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 boleh dikemukakan di pejabat di mana dokumen sedemikian dideposit dan boleh, selepas penentusahan dan atas pembayaran fi yang ditetapkan, ditandakan oleh Penolong Kanan

Pendaftar sebagai suatu salinan yang diperakui dan apabila ditandakan sedemikian adalah menjadi dan merupakan suatu salinan pejabat dokumen tersebut.