Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Salinan pejabat sebagai keterangan
Suatu salinan pejabat apa-apa dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 hendaklah, apabila ditandakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen terdahulu yang akhir, tanpa bukti lanjut menjadi keterangan yang mencukupi bagi isi kandungan dokumen tersebut dan pendepositannya dalam pejabat Penolong Pendaftar.