Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Carian
Pendaftar dan tiap-tiap Penolong Kanan Pendaftar hendaklah, atas permohonan yang dibuat sama ada secara lisan atau bertulis dan mana-mana orang yang berhasrat mendapatkan maklumat berkenaan mana-mana dokumen tertentu yang dideposit dalam pejabat Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar tersebut atau tentang pendepositan atau selainnya suatu dokumen berkenaan apa-apa maksud tertentu dan atas pembayaran fi yang ditetapkan, memberi, setakat kemampuannya, kepada orang sedemikian, maklumat yang dipohon:
Dengan syarat sentiasanya bahawa apa-apa salinan dokumen yang dibekalkan bagi maksud memberi maklumat berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan di bawah seksyen 9.