Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949

Seksyen 15

(2)

Pemansuhan tersebut tidak menjejaskan kesahan—

(a)

mana-mana surat kuasa wakil yang disempurnakan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini di bawah dan mengikut mana-mana undang-undang sedemikian tetapi surat kuasa wakil tersebut hendaklah, jika didaftarkan, disifatkan sebagai didaftarkan di bawah

Akta ini atau, jika tidak didaftarkan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, boleh didaftarkan dengan mendepositkan dengan Penolong Kanan Pendaftar suatu salinan benar atau salinan pejabat mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah seksyen 4 dan ia

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 424

hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau selainnya ditamatkan di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa tindakan atau pembayaran yang dilakukan atau dibuat sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang sah pada masa ia dilakukan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana Ordinan atau

Enakmen yang dimansuhkan.

(3)

Jika mana-mana surat kuasa wakil telah, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, dideposit di pejabat Pendaftar atau

Penolong Kanan Pendaftar mengikut Ordinan atau Enakmen yang dimansuhkan tersebut, seksyen 10, 11 dan 12 adalah terpakai seolah-olah dokumen tersebut adalah suatu dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 dan jika dokumen tersebut telah dideposit di pejabat Pendaftar, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa seorang

Penolong Kanan Pendaftar di bawah seksyen 10.

Surat Kuasa Wakil 15

Section 15 — POWERS OF ATTORNEY ACT 1949 | mylaw.my