Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949

Seksyen 3

Pengesahan surat kuasa wakil

(a)

jika disempurnakan di *Semenanjung Malaysia, surat cara itu disempurnakan sebelum, dan disahkan dalam borang yang sesuai yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta ini oleh─

(i)

seorang Majistret; atau

(ii)

seorang Jaksa Pendamai; atau

(iii)

seoranng Pentadbir Tanah; atau

(iv)

seorang Notari Awam; atau

(v)

seorang Pesuruhjaya Sumpah; atau

(vi)

seorang peguam bela dan peguam cara; atau

(vii)

seorang pegawai, yang bertindak dalam perjalanan penggajiannya, di suatu syarikat yang menjalankan perniagaan bank di *Semenanjung Malaysia dan diperbadankan oleh atau yang menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di

*Semenanjung Malaysia; atau

(b)

jika disempurnakan di luar

*Semenanjung Malaysia, penyempurnaan surat cara itu disahkan, dalam apa-apa borang yang boleh diterima oleh Pendaftar, oleh─

(i)

seorang Notari Awam; atau

(ii)

seorang Pesuruhjaya Sumpah; atau

(iii)

mana-mana Hakim; atau

*CATATAN−Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai “Semenanjung

Malaysia” – lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

Surat Kuasa Wakil 7

(iv)

seorang Majistret; atau

(v)

seorang Konsul British atau Naib Konsul British; atau

(vi)

seorang wakil Baginda Queen Britain; atau

(vii)

pada dan selepas Hari Merdeka, mana-mana Pegawai

Konsular Malaysia; atau

(viii)

dalam hal suatu surat cara yang disempurnakan di

Arab Saudi, Pesuruhjaya Ziarah Malaysia; atau

(ix)

dalam hal suatu surat cara yan disempurnakan di

Republik Singapura, seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung Republik itu; atau seorang pegawai yang bertindak dalam perjalanan penggajiannya, di suatu syarikat yang menjalankan perniagaan bank di Republik itu, dan diperbadankan oleh atau menurut mana-mana undang-undang bertulis

Republik itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua peruntukan sebaliknya yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada permulaan Akta ini, suatu surat cara yang dikatakan mewujudkan surat kuasa wakil yang telah disempurnakan dengan wajar dan disahkan mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dan diakusaksikan dengan patut dan sah bagi semua atau apa-apa maksud yang untuknya suatu surat kuasa wakil boleh digunakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis tersebut.

Pendepositan surat kuasa wakil

Section 3 — POWERS OF ATTORNEY ACT 1949 | mylaw.my