Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini tiada surat cara yang mewujudkan suatu surat kuasa wakil boleh, selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, mempunyai apa-apa kesahan untuk mewujudkan apa-apa kuasa di *Semenanjung Malaysia sehingga─
*CATATAN−Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai “Semenanjung
Malaysia” – lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 424
(a)
suatu salinan benar surat cara tersebut yang dibandingkan dengan wajar dengannya dan ditandakan oleh Penolong Kanan Pendaftar dengan perkataan
“salinan benar”; atau
(b)
jika surat cara yang asal dideposit di pejabat pendaftaran Mahkamah Agung di Singapura, suatu salinan pejabat surat cara tersebut, telah dideposit dalam pejabat Penolong Kanan Pendaftar.
Terjemahan
(2)
Jika suatu salinan benar atau salinan pejabat surat cara itu yang telah dideposit sedemikian adalah dalam apa-apa bahasa selain bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris maka hendaklah pada masa yang sama dideposit juga suatu terjemahannya ke bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris yang diperakui oleh seorang jurubahasa yang bertugas di Mahkamah yang berkelayakan untuk menterjemah bahasa dalam mana surat cara itu ditulis, atau, jika tiada jurubahasa sedemikian, suatu terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau
Bahasa Inggeris yang ditentusahkan oleh suatu akuan berkanun oleh seorang yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa dalam mana surat cara itu ditulis ke Bahasa Inggeris, yang kesannya ialah bahawa terjemahan tersebut adalah suatu terjemahan yang sebenarnya sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya.
Fi
(3)
Hendaklah kena dibayar berkenaan dengan pendepositan dokumen di bawah seksyen ini apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Kecualian
(4)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi surat cara yang disempurnakan dan digunakan semata-mata bagi maksud menjalankan transaksi dalam pejabat seorang Pendaftar Hakmilik atau seorang Pentadbir Tanah atau Ketua Inspektor atau Inspektor
Surat Kuasa Wakil 9
Kanan bagi Lombong, dengan syarat ia diaku saksi mengikut mana-mana undang-undang yang pada masa itu sedang berkuat kuasa mengenai pengakusaksian surat cara yang sedemikian.
Pembatalan