Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949

Seksyen 5

Tiap-tiap surat cara yang dikatakan mewujudkan suatu surat kuasa wakil yang suatu salinan benar atau salinan pejabatnya telah dideposit dalam pejabat Pendaftar atau Penolong Pendaftar mengikut

Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh

Akta ini, sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, hendaklah, setakat mana yang surat cara tersebut adalah sah dan boleh serasi dengan terma surat cara sedemikian, terus berkuat kuasa sehingga notis secara bertulis tentang pembatalannya oleh pemberi, atau tentang penolakannya oleh penerima telah dideposit dalam tiap-tiap pejabat di mana salinan pejabat atau salinan benarnya telah dideposit, atau sama ada pemberi atau penerima telah mati atau penerima telah menjadi tidak sempurna akal, atau pemberi telah dihakimi sebagai tidak sempurna akal atau suatu perintah penerimaan telah dibuat terhadapnya dalam kebankrapan.

Section 5 — POWERS OF ATTORNEY ACT 1949 | mylaw.my