Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949

Seksyen 6

Surat kuasa wakil diberikan untuk mendapatkan balasan berharga

(a)

kuasa itu tidak boleh dibatalkan pada bila-bila masa, sama ada melalui apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa mendapat persetujuan penerima kuasa itu, atau dengan kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa; dan

(b)

apa-apa perbuatan yang dilakukan pada bila-bila masa oleh penerima kuasa, pada menjalankan kuasa itu, adalah sah seolah-olah ia adalah apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa mendapat persetujuan penerima kuasa, atau kematian,

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 424

perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa itu, telah tidak dilakukan atau terjadi; dan

(c)

penerima kuasa, mahupun pembeli, tidak boleh pada bila-bila masa mendapat kesan mudarat oleh notis tentang apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa, tanpa persetujuan penerima kuasa itu, atau kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa itu.

(2)

Seksyen ini terpakai kepada surat kuasa wakil yang diwujudkan oleh surat cara yang disempurnakan sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.

Surat kuasa wakil yang dinyatakan sebagai tidak boleh batal bagi suatu masa yang ditetapkan

Section 6 — POWERS OF ATTORNEY ACT 1949 | mylaw.my