Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Jika suatu surat kuasa wakil, sama ada yang diberikan untuk mendapatkan balasan berharga atau tidak, adalah dinyatakan dalam surat cara yang mewujudkan kuasa itu sebagai tidak boleh batal bagi suatu masa yang ditetapkan di dalamnya, dengan demikian, bagi kemudahan seorang pembeli—
(a)
kuasa itu tidak boleh dibatalkan, bagi dan dalam masa yang ditetapkan itu, sama ada dengan apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa persetujuan penerima kuasa, atau dengan kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa itu;
(b)
apa-apa perbuatan yang dilakukan dalam masa yang ditetapkan itu, oleh penerima kuasa, pada menjalankan kuasa itu, adalah sah seolah-olah ia adalah apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa tanpa persetujuan penerima kuasa atau kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa, telah tidak dilakukan atau terjadi; dan
(c)
penerima kuasa, mahu pun pembeli, tidak boleh pada bila-bila masa mendapat kesan mudarat oleh notis sama ada alam masa atau selepas masa yang ditetapkan itu
Surat Kuasa Wakil 11
tentang apa-apa pun yang dilakukan oleh pemberi kuasa dalam masa yang ditetapkan itu, tanpa persetujuan penerima kuasa, atau kematian, perkahwinan, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, atau kebankrapan pemberi kuasa dalam masa yang ditetapkan itu.
Pembayaran oleh wakil di bawah surat kuasa tanpa notis tentang kematian, dsb., adalah baik