Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA SURAT KUASA WAKIL 1949

Seksyen 9

Suatu fail yang berasingan bagi dokumen yang dideposit mengikut seksyen 4 hendaklah disimpan oleh tiap-tiap Penolong

Kanan Pendaftar, yang akan mencatatkan dalam suatu daftar yang disimpan bagi maksud itu butiran ringkas setiap dokumen sedemikan bersama-sama dengan apa-apa pembatalan yang kemudiannya atau penamatan lain yang dia hendaklah telah mendapat notis, dan mana-mana orang boleh, semasa waktu kerja yang biasa, selepas pembayaran fi yang ditetapkan, membuat carian ke atas daftar dan fail tersebut dan memeriksa apa-apa dokumen yang dideposit sedemikian, dan suatu salinan pejabat dokumen itu hendaklah diserahkan padanya atas permintaannya dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 424